Thursday, 26 March 2015

Minggu Anti Dadah~Pertandingan Mewarna



Majlis Perasmian Minggu PPDa 2015








UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH SEKOLAH
SK Seri Taman Kluang Barat
86000 Kluang, Johor

Laporan Program

1. NAMA PROGRAM : MINGGU ANTIDADAH PERINGKAT SEKOLAH

2. TARIKH/HARI : 22 – 26 Mac 2015 (Ahad-Khamis)

3. MASA : 7.15 pagi – 1.15 tengah hari

4. TEMPAT : Kelas dan lobi SKSTKB

5. MATLAMAT :Meluaskan pengetahuan kumpulan sasaran ke arah
pembinaan daya tahan diri terhadap sebarang bentuk
pengaruh penyalahgunaan dadah kalangan murid, guru dan
kakitangan.

6. OBJEKTIF :

. 6.1 Untuk memastikan murid-murid mempunyai bahan bagi mempraktikkan gaya
hidup sihat.

6.2 Untuk mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat prasekolah
lagi.

6.3 Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri daripada
dadah.

7. SASARAN : Murid Prasekolah, Murid Tahap 1 dan 2.

8. KOS KEWANGAN :

i) PCG Panitia Pendidikan Seni dan Visual

Anggaran Perbelanjaan : (Rujuk Lampiran)


ii) PCG Bimbingan dan Kauseling

Anggaran Perbelanjaan :

Bil Item Anggaran Sumber
1. Jamuan Makan
114 murid x RM1.50
Menu:
1. Mee Hoon Goreng
2. Air Sirap


RM1.00 x 114 murid = RM114.00
RM0.50 x 114 murid = RM57.00 Peruntukan Bimbingan dan Kaunseling
2. Bayaran Penceramah
RM100.00 Peruntukan Bimbingan dan Kaunseling

Jumlah RM271.00

(Ringgit Malaysia : Dua Ratus Tujuh Puluh Satu Sahaja)

9. SUMBER KEWANGAN :
i) PCG Panitia Pendidikan Seni dan Visual

ii) PCG Bimbingan dan Kauseling


10. SUMBER TENAGA :

10.1 Semua guru SK Seri Taman Kluang Barat
10.2 Staf sokongan dan pekerja SK Seri Taman Kluang Barat
10.3 Murid SK Seri Taman Kluang Barat

11. PELAKSANAAN PROGRAM:

11.1 Pertemuan dan pengumpulan maklumat
11.2 Menyiapkan kertas kerja
11.3 Membentangkan kertas kerja dalam mesyuarat guru
11.4 Edaran surat rasmi kepada murid, ibu bapa, pengakikah, penyumbang dan penceramah
11.5 Iklan dan kain rentang dipamer
11.6 Persiapan tempat
11.7 Program dijalankan pada hari yang ditetapkan
11.8 Laporan dan post mortem

12. PENYELIA/ PENILAIAN :

12.1 Guru Besar SK Seri Taman Kluang Barat
12.2 GPK
12.3 Guru PSV

13. REFLEKSI :

13.1 KEKUATAN PROGRAM :

13.1.1. Semua guru dan murid yang memberikan kerjasama yang padu
sehingga semua aktiviti yang dirancangkan dapat dijalankan
dengan baik dan memberikan impak yang baik kepada murid.
13.1.2. Sokongan daripada pihak pentadbiran

13.2 KELEMAHAN PROGRAM :

13.2.1 Seharusnya program ini dijalankan bersama pihak AADK daerah.
hal ini kerana pihak AADK terlalu padat jadualnya dan tidak
berkesempatan memberikan kerjasama yang sepatutnya.

13.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

13.3.1. Lebih banyak aktiviti yang melibatkan kesedaran murid terhadap
bahayanya jika terlibat dengan dadah yang bermula dari merokok.
13.3.2. Melawat tempat pemulihan dadah atau pameran antidadah.
13.3.3. Mengadakan program kesedaran bahaya dadah bersama ibu bapa.